Thursday 23 August 2012

Evolusi Kad Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ







Sementelah berada di bulan Syawal ni,, kad raya mestilah banyak kan?? Well, semua orang suka dapat kad raya. Tapi tak semua suka balas kad raya. (T_T)
Perasan tak kad raya ni berubah mengikut peredaran zaman?? Atau hanya aku yang berperasaan begini??

1. ZAMAN TOK KADUK
see?? tak ada warna dan kulit depan pon. aku rasa sampul pon  takde. ni hantar by hand ni,, sebab takde ruang nak tampal setem and tulis alamat. 


2. ZAMAN AKU SEKOLAH RENDAH (TAHAP I)
yang warna hijau tu murah la zaman aku sekolah rendah dulu.  RM 1.50 dapat 5 keping. Design pon  tak lawa macam sekarang. Yang kartun-kartun tu biasanya bagi dekat bespren pasal harga dia RM2.00 dapat 4 keping. Yang tak bespren bagi yang cikai cikai je.


3. ZAMAN SEKOLAH RENDAH (TAHAP II)
Masa ni dah besar sikit. Kad raya pon dah comel comel. Macam maju sket. Tapi aku suke yang klasik. Feel raya tu,, perghh!



4. ZAMAN SEKOLAH RENDAH (UMUR SAMA,BUDGET BERBEZA)
Yang besar ni,, biasanya kasi dekat cikgu-cikgu. Mandat besar, kad besar, budget pon besar. Kad camni mahal la masa zaman aku.RM3.50 dapat 5 keping. Tapi kad ni spesel,, dekat dalam dia ada kertas lain untuk tulis tulis. Bagi aku, kad ni evergreen. Sekarang ni pon,, banyak je dekat kedai.



5. ZAMAN SEKOLAH MENENGAH
Ni aku beli untuk tahun ni. Sebab ni tahun last puasa ngan kawan kawan asrama. Lepas ni  bawak hala tuju masing-masing. *oh syahdu*. Tapi, aku tak suka sangat, beruang pakai kopiah pon boleh buat jadi gambar dekat kad raya?? Haish! Langsung tak ada feeling raya kan?? Macam kad invitation jadi maskot beruang sarkas ada la. Biasa zaman kecik-kecik,, kad raya tu lawak. Ni dah tak berapa dah. Kalau gelak pon sekadar amik hati member yang hantar.
    




6.ZAMAN SEKARANG DAN AKU RASA AKAN DATANG
Yang ni bagi aku,, lagi tak ada feel raya. Haish,, zaman aku dah bercucu nanti maybe kad raya dalam bentuk hologram?



EXTRA! BIRTHDAY KAD AKU PALING SUKA!
Roomate aku bagi sempena birthday aku. From Korea sebab abang dia study kat sana! Sangat comel.

END.
p/s: Tahun ni dapat kad raya sekeping je.(T_T)

No comments: