bazilah abu hassan bazilah abu hassan: December 2012

Monday, 31 December 2012

HERE COMES ANOTHER YEAR!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,
Setahun lagi bertambah usia. Alhamdulillah. Ada lagi peluang merasa setahun bertambah. Hesh, zaman dedulu anak dara umur 18 dah tak dara jadi mak dara. Maksud aku, dah beranak. Aku? Haih. Bukan setakat balak, ranting kering pon takde. Kalau Puan Emak tahu statement aku yang menjurus kepada kegatalan ini, sudah tentu aku diganyang beliau. Maka dengan itu, adalah lebih baik aku menjurus kepada niat asal aku menghapdate belog ini.

TADAA~





So,, whats your new azam??

Konon ah. Tiap tiap tahun buat azam. Tiap tiap tahun tu jugak tak tunaikan azam. Contoh spesimen makhluk camtu,, aku lah. AKU LAH PEMASANG AZAM PALING RAJIN ABAD INI! hahaha. Dan.... AKU LAH PENTUNAI AZAM PALING LIAT! Apa apa pon, moga tahun 2013 ini dirahmati dan diredhai ALLAH SWT. Amin.

END. May ALLAH bless.

p/s : 2013, result SPM keluar. 2013, aku dah 18. Dah boleh tengok movie 18sx. Okeyy, sebelum ni pon dah tengok!

Friday, 28 December 2012

PC FAIR AT TTC

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Yeah! Dua post dalam sehari. Tetiba rajin khenn. Oke. Bagi mengqadakan ketidakpuasan hati kerana tidak dapat join BIG BAD WOLF di Kolumpo, aku mengheret kakak terchenta ke PC Fair di TTC. TTC? What's animal is that? TTC stands for Terengganu Trade Centre. Basically, aku bukan gadget geeks yang living for the gadgets. Sekadar cuci mata dan melaburkan duit untuk beberapa makhluk teknologi yang diperlukan. Barang barang sangat murah!! Untuk a few things macam PC Mini Fan, Cleaning Kit dengan cable USB tuh, ada sesetengah stall yang jual 3 barang untuk RM 10. Sangat murah aku rasa. Apa yang aku beli? Oh. Sikit je. Take a look!


 Benda alah ni untuk lap habuk habuk tersembunyi dekat keyboard tu. Yang ni RM 5. Murah la kan berbanding harga asal. Dia macam jeli sket. Warna hijau. Jangan letak rata rata. Nanti adik kau yang innesen ingat puding ke jeli, harus dikutipnya. Pastu telan. Pastu kau bayangkan apa seterusnya yang berlaku.



 Ni aku punya. Aku prefer ear-plug daripada earphone. And aku suka jenama ni. Ada assorted colour, tapi yang ni je tinggal. Harga asal RM 39.90. Aku beli RM 20.00. haaaa~ Murah khenn? Tadi test dengar. Sound okey. Bass okey. Dia punya pelapir untuk telinga tu pun lembut je. *bajet pakar earphone ah*



 Ni kakak aku punya. Around RM 15 rasanya. Harga asal, kalau tak silap aku bawah RM 30.00 jugak. Aku tak suka earphone macam ni. Yang ni kau kena sangkut kat belakang telinga. Mostly yang aku jumpa, sound dia tak berapa kuat. Bila cakap dekat kakak aku, dia bebel bebel pasal aku tak inform dia awal awal mengenai sound menatang alah ni.



Haaa. Ni la Cleaning Kit tu. Harga di RM 3.00 je. Aku tak tau sangat pasal bende ni. Kakak aku yang beli. Untuk laptop dia la kot. Nanti aku nak gosok gosok sket dia, biar dia share dengan aku menatang alah ni. Jimat kos! Dah banyak kali beli bende ni. Kadang kadang tak guna. Buang je. Semua bajet bapak tu saudagar dedak.


Tu je la kot apa yang aku nak share. Beli empat barang je. Tu pon nak update belog. Eh, biarlah. Ni first time pegi PC Fair okey. *jakun* Aku ingat ala ala Low Yatt. Tapi tak pon. Sikit je gerainya. Plus, aku pergi masa orang sembahyang Jumaat. Memang tak ramai orang ah. Tapi ramai je lelaki yang berkeliaran. Aku anggap mereka musafir je lah. *bajet bersangka baik ah* :D. Tapi aku happy je, sebab hasrat aku tercapai! Kalau aku kaya, aku rembat jugak hard disk sebijik. Murah woo. Tu je lah. Senang senang aku update lagi!


END. May ALLAH bless.


p/s: Aku tak pergi BIG BAD WOLF. Tapi kawan aku, Cik Dinieeey sayang dah beli dua bijik buku untuk aku! 206 BONES and the other novel aku tak ingat. *haish* memori macam tenggiling. Banyak makan semut. Thankss Din! Love ya.




#1 Jumaat Reminder!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.


Renung-renungkan dan selamat beramal!

END. May ALLAH bless.

Saturday, 22 December 2012

UPDATED : 100% Original Rejected Perfume

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,

Haaa. See the title above? So basically, aku just nak promote para perfume ni. Apa yang dimaksudkan dengan REJECTED PERFUME? Oke. Mereka yang bernama rejected perfume ni adalah mereka yang branded. But then, dekat botol tu maybe ada calar, logo tak clear, ada kemek kemek * orang Terengganu panggil kepek*, dan beberapa kerosakan yang mampu mencemarkan nama baik brand tertentu sekiranya dijual. Tapi dun worry, depa depa ni masih berbau macam mana perfume yang tidak direject tu. Tak adanya yang bau macam minyak attar. Unless, memang perfume itu di create untuk menjadi minyak attar berjenama.


Jadi, harga mereka adalah LEBIH MURAH dan 100% ORIGINAL. Aku boleh jamin tentang quality mereka okeyy. Hehehe. Aku promote ni sebab aku rasa ramai je yang macam aku. Teringin nak pakai perfume branded+wangi, tapi poket tak berapa nak tebal. ngehngehngeh. So, sesuai la kalau nak beli makhluk alah yang aku duk promote ni. Aku nak remind awal awal ni, perfume ni dijual dalam pouch, bukan kotak. Pouch? Yes. Yang macam kain tu. Kalau kangaroo, tempat yang dia sorok anak dia tu. Tapi don't worry. Masih original ye. Asli. Tulen. Bukan ciplak. Kualiti terjamin. Alah, korang nak buat apa kotak? Nak buat modal riak eh? Tak payah. Buat dosa je. Hihihi. Oh, nak buat koleksi eh? Simpan je botol tu. Kotak tu, mane mane pon boleh dapat.*ye ke?* *kasi penampar sebijik*

Haaa. Contoh-contoh perfume tu ye~

DKNY. Be Delicious  (for her)
50 ml - RM 155
100 ml - RM 175



MONT BLANC (starwalker)
75 ml - RM 160



FERAGAMO SUBTIL
100 ml - RM 160


VERSACE (Bright Crystal)
50 ml - RM 150
90 ml - RM 150


JLO (Live)
100 ml - RM 160


Apa apa pon, kalau nak tengok lebih banyak pilihan perfume, klik PERFUME. Link yang aku bagi tu page untuk makhluk bau wangi ni. Boleh laa nak like pon~ *wink*

END. May ALLAH bless.


Thursday, 20 December 2012

20.12.2012. Kiamat eh?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,

Hah! Hari ni dah 20.Disember.2012 a.k.a 20.12.2012. Orang Mayan cakap hari ni kiamat. Cuak tak?? Percaya tak?? Kih kih kih. Setahu aku kan, kiamat ni berlaku hari Jumaat. Tu pon selepas Dajjal Al-Masih memerintah tujuh tahun. Tu masa aku belajar fardhu ain zaman dedolu. Zaman pakai tudung herot petot. Zaman pakai seluar track dalam kain sekolah. Hahaha. Kesalahan fesyen ke?? Eh,, SO WHAT? Memudahkan aku nak main lompat getah okeyyy. Kate Spade dengan Marc Jacobs boleh ah cakap ni kesalahan fesyen. Sebab apa?? Sebab diorang tak main lompat getah. Plus, kau pernah tengok Kate Spade pakai baju kurung?? Tak adanya.


Okeh. Berbalik pada tajuk asal. Sila persyetankan debat fesyen di atas. Kiamat ni bila eh? Aku pon tak tahu. And aku yakin, tak ada orang yang tahu exact date kiamat. Ni kan perkara ghaib. Perkara sami'at. Hanya ALLAH SWT je yang tahu. Tapi, kiamat tu memang dah dekat. Eh, betul ke Cik Bazilah? Dah dekat ke? Apa yang perlu saya buat? Haaa. Dah besar panjang ni, buat la apa yang patut. Sembahyang tu jngan lupa. Aurat tu tutup. Jangan biar terbukak buat pameran macam dekat expo. Rajin rajin ngaji Quran. Ustaz aku cakap, yang penting ingat MATI. Kau ingat MATI, terus kau takut nak buat kemungkaran. *pesanan untuk aku jugak*


Eh eh. Dah tengok video yang dekat youtube? Hahaha. Video pasal the last day on earth. Yelah, kan orang Mayan cakap hari ni kiamat. So, ada la video ni. Tengok eh. Tengok la. Tengok tengok. *penampar kiri kanan* Berapa kali kau nak cakap tengok? Oke oke. Jom tengok. Jomla tengok. *penmpar sekali lagi*.




So, kalau korang, apa korang nak buat? Kalau memang hari ni kiamat la. Aku bet ramai yang tak tahu nak buat apa. Blank. Kan? Kan? Kan? Tapi takpe, hari ni tak kiamat. Pasal hari ni hari Khamis. Plus, tadi matahari keluar sebelah timur lagi. :D

p/s : sama sama la meningkatkan amal ibadah. Jom! :D

END.

Sunday, 16 December 2012

1ST SEGMEN: TAMBAH FOLLOWER BY CIK MIMEY

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

http://2.bp.blogspot.com/-vlWu8FSt0-k/UMmoEisj69I/AAAAAAAABVo/ZjWhXsqjHEY/s320/cats.jpg



Jenguk jenguk blog orang lain,, lepas tu terliur puloks dengan segment ni. hee. :D. Belog Cik Mimiey ni cool. Macam kiosk CoolBlog tu~ Header dia pon kemas dan simple. And... aku suka baca entry Cik Mimiey pasal Harimau Malaya vs Twitter tu. Most of Cik Mimiey's entries adalah pasal her life, opinions and information pasal benda benda lain. Contoh kan,, kalau korang boleh baca pasal Mutiara Dewi dekat blog Cik Mimiey. Hah. Ada gambar lagi. Lengkap! 

As for my blog yang miskin follower neh, takde apa apa yang special. :D. Mostly aku akan menulis pasal how life revolve around me and things I love.Kadan kadang tu,, takde idea pon nak menulis jugak. Oke. *itusedikitannoying* Sila ignore.hehehe.

Nak tag sape eh? Cik Yaya and CikFa.

END.

p/s : first time join segment segment cenggini oke~ *winkwink*

Wednesday, 12 December 2012

takde idea tapi tetap nak menulis.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,

Nampak tak tajuk tuh? Ngehngehngeh. Terang terang dah tahu memang tak ada modal nak menulis. Tapi sebab ni belog aku, aku nak menulis jugak. hehehe. Bila dah bosan tahap gaban masa cuti ni, aku godek godek inche Google. Cari gambar gambar menarik. So, aku nak share gambar yang aku suka dan jatuh cinta.

Cekidaud.

Betul la bende ni. Try la apply dalam daily life. =D






Ni lagi betul. Tapi norma manusia la kan? Semua orang dahagakan  air  perhatian. Sebab tu ad istilah publisiti murahan. Kan?






I am the dreamer. Say this to yourself,if you can dream, you can fulfill it.






Aku suka yang ni. Sebabnye, kalerpul. Kan? Biasa  jumpa  think outside the box. Ni  lain sket. Apply la masa berfikir.  Jangan apply masa pertandingan mewarna. Memang hancuss ah.

.Tu je la hapdate kali ni. Kehkehkeh. Rasa termotivasi tak? Aku rase jugak. Sikit la. Oke la daripada tak rasa langsung kan? 


END. May ALLAH bless.

p/s : 12/12/12 - tarikh last dalam bentuk berturutan. Nak buat ape eh?

Monday, 10 December 2012

Terengganu-incredible-words!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Biasa tak dengar orang Terengganu sembang, gebang dan seumpamanya? Ohsom kan? Selaku gadis Terengganu sejati, ehem... aku dengan berbesar hatinya mengajar beberapa perkataan keramat Terengganu. Semua ni perkataan molek molek. Tak ada yang maki maki, carut carut semua.

Part 1 - Kata Ganda
  1. Busuk bbango = busuk yang amat sangat
  2. Wangi selingo = harum semerbak
  3. Kuning ssior = kuning yang sangat terang
  4. Pahit nnepang = pahit sangat
  5. Manis lleting = manis gile~
  6. Belok bleko = biasa digunakan untuk garisan yang tak straight
  7. Ketat gelimat gelemat = ketat sangat/barut nangka
  8. Panas kketik = guna untuk objek, such as kuali @ api
  9. Panas so oh = guna untuk cuaca @ panas rimas
  10. Masin rrebing = masin yang teramat

Part 2 - Objek/Perbuatan
  1. Puyuk = periuk
  2. Lambur = beranda rumah
  3. Lembek = tilam
  4. Rrobok = gerobok a.k.a almari
  5. Rohok = bukan KAHAK ye. maksudnye payah/susah
  6. Tohok = buang
  7. Biung = baling/lempar
  8. Sorok = laci
  9. Samah = 50 sen
  10. Tobak = taubat
*huruf yang double double tuh bukan typo eh. Cara sebut dia ala-ala tajwid sket. Lidah tu kasi lekat dekat lelangit/gigi (depends on huruf)
**untuk a few words yang sama untuk both objek dengan perbuatan,, cara sebutannya berbeza. e.g,, beruh (berus). Untuk perbuatan, orang Terengganu akan sebut bberuh. Ada tanda syaddah dekat huruf b.

Haaa~ try ah sebut. But then, aku tahu. Tak semua orang suka longhat Terengganu. No offence okay. I cherish all language as long as it doesn't go against Islam law. ngehngehngeh.

p/s : Anybody love baju muslimah or want to try some, go to Facebook and type Zn Wardrobe.


END.






Thursday, 6 December 2012

the-after-SPM-life

   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

As salam.
Okeh. Eberi badi looks for work. Aku?? hmmph. Ndak perlu semua itu. Ndak perlu tengok klassifieds (aku tak tahu ejaan betul *hehe*) hari hari, bulat mana mana job vacancies. Ndak perlu nanya teman teman yang punya kenalan yang punya kedai. Ndak perlu merancang mahu bisnes atas talian. Puan Emak sudah punya tawaran kerja yang cukup menggetarkan naluri dan menusuk kalbu.

Check the list,, peeps~
  1. Baby sitting adik sendiri+ anak sedara yang sebaya. *my parents are so cool*
  2. Basuh pinggan mangkuk
  3. Jemur jemuran.
  4. Kemas rumah.
  5. Tolong mana yang patut dekat dapur. *semua benda patut ekcelli*

Apart from the list of work stated, aku dah buat list aku yang aku nak fulfill throughout tiga bulan ni. kekeke~
  1. Tengok semua RUNNING MAN yang aku miss.
  2. Tengok semua drama Korea sampai aku boleh fluent cakap Korea macam recite AlFatihah.
  3. Khatamkan AlQuran untuk tahun ni. *lagi 9 juzuk! mampu kah?*
  4. Dengar semua lagu lagu best untuk tahun ni. *bertambah tahi telingaa 5,6 kilo*
Yang nombor 3 dalam list aku je menampakkan aku seorang yang baik. kehkehkeh. Yang lain?? Harem. Tawaran kerja Puan Emak tu mandatori. Kau tak buat tak apa, tapi mampu ke kau nak tadah telinga dengar bebelan bisa beliau?? Mampu kah?? Haish. Aku memang tak mampu. Bebelannya tulus, telus dan tembus. Perghhh~

END.


p/s : life is ain't that bad. Yo'll grow throughout the tough process. 
 
Copyright © . All Right Reserved by bazilah abu hassan