Monday 10 December 2012

Terengganu-incredible-words!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Biasa tak dengar orang Terengganu sembang, gebang dan seumpamanya? Ohsom kan? Selaku gadis Terengganu sejati, ehem... aku dengan berbesar hatinya mengajar beberapa perkataan keramat Terengganu. Semua ni perkataan molek molek. Tak ada yang maki maki, carut carut semua.

Part 1 - Kata Ganda
  1. Busuk bbango = busuk yang amat sangat
  2. Wangi selingo = harum semerbak
  3. Kuning ssior = kuning yang sangat terang
  4. Pahit nnepang = pahit sangat
  5. Manis lleting = manis gile~
  6. Belok bleko = biasa digunakan untuk garisan yang tak straight
  7. Ketat gelimat gelemat = ketat sangat/barut nangka
  8. Panas kketik = guna untuk objek, such as kuali @ api
  9. Panas so oh = guna untuk cuaca @ panas rimas
  10. Masin rrebing = masin yang teramat

Part 2 - Objek/Perbuatan
  1. Puyuk = periuk
  2. Lambur = beranda rumah
  3. Lembek = tilam
  4. Rrobok = gerobok a.k.a almari
  5. Rohok = bukan KAHAK ye. maksudnye payah/susah
  6. Tohok = buang
  7. Biung = baling/lempar
  8. Sorok = laci
  9. Samah = 50 sen
  10. Tobak = taubat
*huruf yang double double tuh bukan typo eh. Cara sebut dia ala-ala tajwid sket. Lidah tu kasi lekat dekat lelangit/gigi (depends on huruf)
**untuk a few words yang sama untuk both objek dengan perbuatan,, cara sebutannya berbeza. e.g,, beruh (berus). Untuk perbuatan, orang Terengganu akan sebut bberuh. Ada tanda syaddah dekat huruf b.

Haaa~ try ah sebut. But then, aku tahu. Tak semua orang suka longhat Terengganu. No offence okay. I cherish all language as long as it doesn't go against Islam law. ngehngehngeh.

p/s : Anybody love baju muslimah or want to try some, go to Facebook and type Zn Wardrobe.


END.






No comments: