Friday 15 February 2013

#6 JUMAAT REMINDER : PETUA DAN HIKMAT


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!

Macam selalu la kann. Meh sharing sharing. Petua petua ni aku dapat daripada buku yang aku beli dengan cikgu aku. Boleh la sharing dengan yang membaca ni. 

PETUA IMAM SYAFI'E R.A

1. Empat perkara yang dapat menguatkan badan
  • Makan daging
  • Menghidu wangi-wangian
  • Banyak mandi (selain mandi hadas besar)
  • memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas

2. Empat perkara yang dapat melemahkan badan
  • Banyak dukacita
  • Terlalu banyak minum air (secara sekaligus)
  • Banyak makan makanan yang masam atau telah basi
  • Terlalu banyak jima' (bersetubuh)

3.Empat perkara yang dapat menguat dan menajamkan penglihatan
  • Duduk menghadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Melihat kepada warna hijau (sebaik-baiknya tumbuhan hijau)
  • Membersihkan persekitaran

4. Empat perkara yang melemahkan penglihatan
  • Melihat kepada benda benda kotor atau jijik
  • Melihat kepada salib
  • Melihat kemaluan
  • Duduk membelakangkan kiblat

5. Empat perkara yang daapat menambahkan akal dan menguatkan minda
  • Meninggalkan perkataan yang sia siaersugi
  • Duduk bersama orang orang soleh
  • Bersugi
  • Duduk di dalam majlis para ulama.

Tu jelahh. Cikgu yang jual buku ni mengajar Chemistry. Beliau pun salah seorang penulisnya. Nak tengok bukunya? Tadaaa~ 
                                            

Sangat bermanfaat yee. Tu je kott nak menulis. Till then, bye!

END. MAay ALLAH bless.

p/s : tok guru mengaji meninggal hari ni. AL FATIHAH. Moga ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah.



No comments: