Wednesday 10 July 2013

Ramadhan dan Couple Seminggu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

                          

Ramadhan dah tiba. By the way, gambaq dari Google. hihi.

Salam Ramadhan buat semua. Mana yang sibuk nak top up pahala, inilahhh masanya. Yang nak kurangkan berat badan pon, inilah masanya. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita.

Sebelum Ramadhan ni, adalah isu yang pasal video couple seminggu tu. Hangatttt sekejap. Pada aku, jangan nak duk bash budak tu lebih lebih. Dia dah mengaku silapnya. Dia dah mohon maaf. Dia dah cakap dia bertaubat. Lagi mau bash pulakkk. Kita yang belum beranak pinak, jangan nak mengutuk mengata lebih lebih. Silap hari bulan kena atas batang hidung sendiri.

Ada jugak komen yang kononnya menegur dekat blog adik tu. Tapi, bagi aku kasar. Adik tu cakap dia solat taubat pon lagi nak komen. Kalau betul nak menegur, gunalah cara berhemah. Agaknya, mak ayah budak tu pun boleh terkaku tergamam baca teguran tu. Sepatutnya, doakanlah yang baik baik. Jangan rasa bagus, pergi kutuk kaw kaw.

Ada yang kata, " Bila dah kena malukan macam ni baru nak ingat Tuhan?" Pada aku, inilah cara ALLAH nak menarik hambaNya ke pangkal jalan. Hidayah tu boleh datang dalam berbagai cara. Mungkin lepas ni iman dan taqwa adik tu meningkat. Kita yang mengutuk mengata lebih lebih ni apa yang dapat? Nan hado. Anggaplah ini caranya ALLAH nak menyedarkan hambaNya, nak melatih hambaNya menjadi kuat. Husnuz dzon. :)

On random thoughts, aku perasan. Malaysian memang caring. Cuma mungkin cara menegur yang terlampau lantang kerana terlalu berpegang pada kebebasan bersuara. Apa yang aku tahu, bagi penganut agama Islam, boleh menegur, tapi jangan sampai melukakan hati pihak lain. Kalau betul mahu mencerca pembuat video couple seminggu kerana pegangan amar makruf nahi mungkar, kenapa dalam komen diselitkan unsur carutan? Pelik kan? Kita manusia. Aku juga. Maka, dosa itu perkara lazim yang kita buat. Tegurlah dengan berhemah bukan menggunakan kata kata berbaur sampah.  

Oh ya. Ramadhan ni bukan suruh tahan lapar dan dahaga sahaja. Kata kata juga. Jari jemari yang mengomen di mana mana laman sosial juga jangan lupa. Ada yang kata, kalau kita berbuat jahat pada bulan puasa, malulah. Syaitan tak ada. Maka, jika berlaku jahat juga, itu memang diri kita. Ihya' Ramadhan. Mari memperbanyakkan ibadat. :D

Tu je. Kbhai.

END. May ALLAH bless.







2 comments:

Eiqa Almond said...

Selamat berpuasa tauuu.! (^_~) ehhee

bazilah abu hassan said...

@Eiqa Almond selamat berpuasa juga! >.<