Thursday 8 August 2013

Salam Lebaran!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum peeps!

Eheh. Semangat pulak nak beraya kan? Alhamdulillah. Tahun ni, aku sempat lah buat beberapa keping kad raya untuk diberi pada member meber. weeee~ Kad raya ni dia ada value tau. Kita boleh simpan. Dan setiap kali kita tengok balik kad-kad raya yang disimpan tu, mesti macam nostalgik gila. Aku still ada sekotak kad raya dari zaman sekolah rendah dulu. hehe. Sekolah menengah tak banyak since dah ramai pakai phone. Mesej je semua. -,-''

 Ni aku buat untuk Syah. XD Tak cukup kreatif lagi nampaknya. Tahun depan kena usaha lagi.


Dulu semangat bukan main nak beraya. Macam meriah gila. Sekarang pon still meriah. Tapi sebab dah besar, the raya feeling tak sama macam mana masa kita kecik dulu. Duit raya pon tak meriah macam dulu. mihmihmih. Dulu, zaman kecik kecik, setiap malam raya tu sibuk kira koleksi duit. Lepas tu duk banding banding siapa lagi banyak koleksinya. Siapa rajin jalan raya, dia lah banyak koleksinya. Duduk kampung lagi lah meriah. Ramai geng nak ajak jalan raya.

Tahun ni second year buat kuih raya sendiri tau! Eksaited bukan main. mihmihmih. Masa kecik kecik dulu, adik beradik semua kekecik. Maka, emak ambi jalan mudah untuk order je dengan mak sedara yang memang jual kuih raya. hehe. Bila besar ni, masing masing keluarkan peruntukan untuk beli bahan buat kuih. Kecoh je berebut resepi. Aku pilih kuih dahlia. Sebab beliau ni simple dan cantik. hikhik. Show off sikit!

 Guna SAWA. yang besi tu. Alhamdulillah. First try, menjadi. hihi. Dah habis pon sebalang. Nanti kena buat lagi!


 Mama Carry. Bentuk kerang. ihikksss. Lain sikit. Acuan bentuk love hilang entah ke mana. Hasilnya, alhamdulillah. Sedap. XD



Tu je nak bebel. Babai. Till we meet again. Thanks for reading. XD

END. May ALLAH bless.


 

No comments: