Saturday 30 August 2014

Friends


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!



Fefeeling nak sembang pasal persahabatan pulak di hujung minggu ni. Ehehe. Dari kecik sampai besar memang hidup dikelilingi kawan je lah selain family. Adat berkawan lah kan, mesti ada yang tersinggung hati. Mesti ada yang sentap. Mesti ada yang bercakap dekat belakang. So, how? Macam mana nak menangani benda ni?

1. Kawan yang mudah sentap. Why and How To?
   
Yang ni biasalah. Kerja dia sentap jeee. Lupa ajak makan, sentap. Sembang tapi tak fokus dekat dia, sentap. Keluar tak ajak, sentap. Tengok movie tak ajak, sentap. Lupa nak share rahsia, sentap. Semua bendalah nak sentap. Yang berhati sensitif macam ni, nak ke tak mau memang kena jaga hati dia. Tapi, if they don't do the same things in return, just blurt it out. 

Pemerhatian aku lah kannn, orang yang suka sentap ni ada dua jenis. Ada yang jenis sentap, lepas tu elok sendiri. Satu spesies lagi, sentap lepas tu mogok masam muka nak kena pujuk. Tapi, adalah sangat jarang untuk jumpa orang yang suka sentap tanpa dia buat orang lain sentap. Why? Sebab, what you give, you'll get back. So, macam aku kata tadi. Kalau memang dah selalu sangat sentap, you really should have a slow talk with your friend. Yelah. Dah selalu sangat kan. Sampai teruk sangat. Buat slow talk. Tanya apa yang tak kena. Tanya apa yang dia nak. Lepas tu ubah je mana yang patut.

Please. Gaduh macam mana teruk dengan kawan pon, jangan bising bising tweet ke, update status ke, update moment ke. Tu semua tak akan menjernihkan keadaan. Makin teruk ada lah. Social media is not a good problem solver. Ingat tu.

2. Kawan yang makan kawan. Why and How To?



Makan kawan macam mana? Yang khianat lahh. Contohnya, yang kau ingat boleh simpan semua rahsia kau, in the end dia gunakan segala tu untuk go against you. That the worst could happen. Scary kan? How the person you trust the most use that very trust to go against you. So, acano kalau dalam situasi ni?

Yang ni tak perlu pikir panjang. Memang kena slow talk dan bersemuka. Bagi dia insaf. Kalau tak insaf jugak, tunggu apa lagi? Tinggal lah. Doakan dia dari jauh. Why? Because, if you stay close with her, you'll be irritated by her attitude. You'll be talking behind her. Masam muka. Tapi stay kawan. On off. So, what's the point? At least, bila dah jauh, tak ada cakap belakang. Settle. Kalau still ada, itu masalah lain. Sepatutnya bila dah jauhkan diri, let everything go. Kalau nak dia berubah, dia akan berubah. Doakan yang terbaik untuk dia. That's that.

3. Kawan yang suka cakap belakang. Why and How To?


Adatlah tu cakap belakang. Semua orang pernah buat rasanya. Sometimes, kita rasa macam perlu untuk cakap belakang. Why? Untuk lepaskan apa yang terbuku di hati. But, it is never good actually. Because, at the end benda tu akan diketahui. And then, mula lah gaduh apa semua. 

So, macam mana nak buat kawan jangan cakap belakang? Simple. Kita jangan cakap belakang jugak. Kita jangan mengumpat. Kenal betul betul someone tu, baru nak judge. Jangan sesuka hati nak judge orang kalau setakat kenal nama dan tengok gaya hidup dia. Always take time to know people. Kalau lepas dah rapat pon still ada benda yang kau tak suka pada kawan kau tu, tegurlah dia lembut lembut. Cakap terus terang. Tapi kalau lepas tu pon, kau still sakit hati. Kau yang bermasalah. Kau yang memang suka cakap belakang. So, kau yang kena ubah kalau kau tak nak orang cakap belakang kau jugak.


Aih. Letih rasanya lepas lama tak menaip panjang. So, that's the end for my simple update ni. Nanti kalau dah senang senang nak update lagi. haha. Macam banyak je kan. hihi. Akhir kata, value your friends. Love them. May Allah bless!

End.



No comments: